Thursday, June 16, 2011
Thursday, January 20, 2011
Slot Belajar Bahasa Mandirin
Nape saya pilih Bahasa Mandirin ek? Saya dulu pernah la blaja sket2 time sek. men dulu tp skg da lupe byk daa....yg masih kekal dalam ingatan adalah nombor. Jadi, untuk mengingat kembali kenangan belajar bahasa Mandirin saya membuka Slot Belajar Bahasa Mandirin. Tapi jangan tanya yg susah2 sbb saya ni bkn Chinese.
Nombor
1 yi
2 er/liang
3 san
4 si
5 wu
6 liu
7 qi
8 ba
9 jiu
10 shi
0 ling
11 shi yi
12 shi er
20 er shi
21 er shi yi
22 er shi er
30 san shi
31 san shi yi
100 yi bai
101 yi bai ling yi
ratus bai
ribu qian
puluh ribu wan
Nombor
1 yi
2 er/liang
3 san
4 si
5 wu
6 liu
7 qi
8 ba
9 jiu
10 shi
0 ling
11 shi yi
12 shi er
20 er shi
21 er shi yi
22 er shi er
30 san shi
31 san shi yi
100 yi bai
101 yi bai ling yi
ratus bai
ribu qian
puluh ribu wan
JanGan BerseDih~La Tahzan
SiFat SemulajaDi Manusia?????
Sedih adalah sifat semulajadi manusia yg diciptakan oleh Alah SWT. SEDIH=suka + duka + derita + merana... selebihnyer korang tmbah sendiri ekk....Bukankah Allah telah menciptakan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan? sedih=gembira~derita=bahagia~benci=cinta~. Maka ada kalanya kita merasa sedih, dan itu adalah sifat semulajadi manusia.
Namun apa yg kita perlukan untuk mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan perasaan sedih iru boleh mengikat hidup kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan terlalu mengikut perasaan sehingga manusia hilang pertimbangan.
(p/s: Sebab itu tertubuhnya hospital sakit jiwa.)
sedih tidak membawa kehancuran sebenarnya. Dari kesedihan itulah kita bangkit menjadi lebih kuat. Bukan menjadi rapuh seperti tulang orang yg tidak minum Anline. Persoalannya, bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT?
Sedih adalah sifat semulajadi manusia yg diciptakan oleh Alah SWT. SEDIH=suka + duka + derita + merana... selebihnyer korang tmbah sendiri ekk....Bukankah Allah telah menciptakan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan? sedih=gembira~derita=bahagia~benci=cinta~. Maka ada kalanya kita merasa sedih, dan itu adalah sifat semulajadi manusia.
Namun apa yg kita perlukan untuk mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan perasaan sedih iru boleh mengikat hidup kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan terlalu mengikut perasaan sehingga manusia hilang pertimbangan.
(p/s: Sebab itu tertubuhnya hospital sakit jiwa.)
sedih tidak membawa kehancuran sebenarnya. Dari kesedihan itulah kita bangkit menjadi lebih kuat. Bukan menjadi rapuh seperti tulang orang yg tidak minum Anline. Persoalannya, bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT?
Nabi Mengajar Berdoa
Suatu hari ketika seorang sahabt sedang bersedih. Lantas Rasulullah SAW bertemu dan bertanya kepadanya: “ Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”
Lantas sahabat tadi menjawab: “ Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku.”
“Apa dia?” kata Rasulullah.
“Hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”
Lantas baginda bertanya: “ Apakah aku ingin mengajar satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?”
“Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doanya, apakah amalan itu ya Rasulullah.
Lantas baginda mengajar sepotong doa. “ Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, InsyaAllah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan oleh Allah SWT, setebal mana kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT.”
Berdasarkan kisah tersebut, doa yang diajar oleh Rasulullah terkandung dalam Al-Mathurat.
Mafhumnya: “ Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan(oleh orang lain).”
Jadi, kita patut mengamalkan doa tersebut setiap hari di pagi hari dan petang di samping banyak fadhilat yang terkandung dalam Al Mathurat.
7 PenyakiT JiWa MaNusiA
· Al-hum,humum (keresahan,gelisah)
Manusia resah terhadap sesuatu yang belum berlaku. Contohnya, seorang pelajar yang sedang melalui exam/peperiksaan, dan sedang menunggu keputusan tersebut. Mesti ada di antara kita atau sememangnya gelisah menunggu. Tidur tak kenyang~mandi tak basah(sampai wt keje pown tunggak terbalik).
· Al-hazan(dukacita,sedih)
Berdukacita terhadap benda yang sudah berlaku. Telah keluar keputusan sekiranya gagal, maka berduka durjalah dia.(jangan terlalu sedih sehingga membuat benda bodoh. Ramai di antara kita yang tak pandai kawal emosi apabila sedih seperti mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti makan pil, racun dan sebagainya. Apapun ingati Allah)
· Al-`ajz(lemah)
Sifat lemah ini disebabkan sakit atau tenaga yang kurang. Hal ini menyebabkan kita tidak produktif.
· Al-kasl(malas)
Malas adalah sifat buruk yang perlu dijauhi oleh semua orang(kadang-kadang saya pown malas gk. Jadi kita ambik ikhtibar bersama k)
· Al-jubn(sifat takut)
· Takut dalam menyatakan yang hak. Takut melakukan sesuatu yang benar. Ini penyakit yang melanda jiwa seorang manusia.
· Al-bukhl(sifat kedekut)
Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya. Enggan bersedekah, enggan memberi. Dari sudut sebagai seorang pelajar, ilmu adalah harta. Harta ilmu inilah kita kongsi bersama walau kita tidak mampu dari segi kewangan. Jadi, jangan kita kedekut ilmu.
· Gahalabatid-dain(beban hutang)
Hutang yang banyak membelenggu dirinya. Hutang ada kategori-keperluan atau ingin mewah. Jangan kita melihat orang senang, kita ingin senang. Melihat orang mewah, kita ingin mewah. Memang boleh untuk hidup sengan dan mewah tetapi dengan usaha titik peluh sendiri dan bukan dengan berhutang. Penyakit inilah yang akan membawa kepada penyakit resah, gelisah, takut, sedih dan sebagainya.
(p/s: penyakit ini tiada ubatnya melainkan kita yang ingin mengubah diri kita sendiri. Prevention is better than cure-ade kene mengena ker???-)
DOA
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah dari sifat penakut dan juga bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah daripada beban hutang dan tekanan manusia.”
Subscribe to:
Posts (Atom)

